[ 22:50 ]
"is your favourite colour blue..?"
adakah warna kegemaran kamu biru?
ok.
hari ini menyeronokkan.
tetapi,aku sedari beberapa perkara yang aku patut bimbang.
oh,aku harus mula mengulangkaji POA secepat mungkin!
cikgu ku berkata,kita harus latih diri membuat soalan2 POA dgn tangkas,
jikalau tidak..tidak sempatlah untuk menghabiskan keras..
keresahan aku dibuatnya.
bercakap tentang ini,
ada satu lagi subjek yang aku bimbang.
A-MATHS.
aku rasa aku boleh lakukannya..
tetapi aku masih belom bersedia langsung!
aku harus banyak berlatih.
oh,baru sahaja aku hendak memberi alasan..
tetapi aku sedari,aku lah yang harus mengambil inisiatif untuk bermula.
sikap malas memang susah untuk dibuang,ya.
walaupon begitu,
aku rasa aku boleh lakukannya.
peperiksaan peringkat O ini sudah mula membuatku resah dan stress.
esok sahaja sudah mula dengan kertas bahasa melayu.
ini adalah kali kedua aku mengambilnya.
aku menyesal bermain-main pada tahun lalu.
memang betul apa kata cikgu,tetapi aku tetap degil.
ini lah yang dikatakan tangan mencencang bahu memikul.
kali ini aku harap aku dapat membuatnya dengan betul.
aku ingin mendapat gred A1.
oh ALLAH,
kau berkatilah ilmu yang telah aku pelajari selama ini.
lindungilah aku daripada kesusahan.
tenangkanlah jiwa ku nanti di bilik peperiksaan.
tabahkan jiwaku untuk menghadapi ini semua.
aku rasa sudah masuk waktunya aku merehatkan badan dan mataku ini.
cikgu ku sudah berpesan supaya tidur awal sebelum hari peperiksaan.
die juga berkata dia akan mendoakan kecermelangan kita semua.
oh tuhanku,kau kabulkanlah doa cikgu ku.
amin.